ZIE SWEET BITES TEMPTATION

ZIE SWEET BITES TEMPTATION

Sabtu, 24 Mac 2012

Cupcake Lagi ....

Order dari abang Panwi dan kak Kiah...as wedding gift..betul tak?

 Cupcake lagi..teruja bila buat cupcake compare to cake or creampuff. Kali ni order dari abang Panwi. Nak sama macam cupcake Wawa.So, Rozi buatkan sama.Abang order 2 kotak, satu saiz kecil dan satu lagi saiz M. As ini untuk wedding gift, so Rozi cuma tambahkan sweet bentuk love tu sebagai extra hiasan.Ikut tema katakan. 

Nak memanjangkan cerita kat sini, Jumaat tu pergi la mencari STRAWBERRY kat supermarket yang biasa Rozi pergi untuk beli buah ni, terpanic sebentar sebab stok dah habis. Oleh kerana sibuk gak nak beli barang lain nak buat creampuff, pusing pusing la nak cari strawberry yang segar bugar terbaek dari ladang. Kalu dah nak layu tu, reject on the spot. Takut nanti lebam bila dah deliver. Ingatkan sampai kat CAMERON rupa-rupanya kat JUSCO pun ada. Nasib baik ada, kalau tak habis minyak wat pusing-pusing bandaraya KL ni.(sebenarnya pusing2 kat Ampang je)

Malamnya safely delivered to tuan dan puan punya cupcakes ni. Happy sangat first time jumpa akak nya. Asyik jumpa abang jer. Cakap kat telefon pernah ler.Bak kata akak, "jumpa kat FB je." InsyaAllah, lain hari berjumpa lagi.

Harap berpuas hati... !





Cupcakes sebagai hadiah perkahwinan






C.A.K.E.P.O.P.

 Colorful cakepop..Crunchy Almond...Choc dark & white ..red velvet cake ball with chocolate coating.
Sebiji pun dah cukup mengenyangkan.



Red velvet birthday cake...

RV Cake topped with creamcheese & strawberry & pistachio

 Kali ni Red Velvets Cake untuk birthday plak. Yang first ni untuk my lovely kazen Marlina Azwa yang baru tukar gelaran jadi Puan Marlina Azwa.He..He... Selamat Hari Jadi & Selamat Pengantin Baru untuk Ina dan Syafiq. Tak nak tempah wedding cake ke??



Kek kedua ni pun red velvet cake order dari staff kat mindef. Lebih kurang macam Ina punya birthday kek tapi yang ni lebih CINTA sebab order dari seorang suami untuk birthday isteri tercinta.Semoga dipanjangkan umur lagi dan bahagia bersama.




Blueberry muffin..


Ni blueberry muffin..wangi dan sedap..Amoi-amoi kt ofiz suka sangat makan muffin ni.Memang semerbak wangi kalau membakar muffin ni.Sedap untuk dimakan begitu saja. 



Order dari Kak Has Choc moist cake & carrot cake

Chocolate roses ganache

 Kek-kek ni order dari Kak Hasnita..untuk jamuan keluarga kerana parent Kak Has akan pergi menunaikan umrah.Selalu saja dengar orang pergi ke tanah suci untuk menunaikan umrah. Saya ni bila lagi.Tunggu rezeki dulu.

Kek ni ikut kehendak Kak Has. Kak Has suka bunga-bunga atas kek, jadi Rozi letak choc roses untuk hiasan kek coklat dan warnakan pink untuk bunga atas carrot cake.Mula-mula kak Has suka tgk bunga atas rainbow kek, jadi cuba guna creamcheese untuk buat bunga tu.Alhamdullilah jadi jugak akhirnya.

Semoga bonda Kak Has selamat pergi dan selamat kembali ke tanah air.

Carrot cake pink roses








Ahad, 18 Mac 2012

Hantaran

Aneka pilihan cupcake untuk hantaran perkahwinan dan pertunangan. Sepadankan warna tema pilihan dan digubah mengikut pilihan hati pelanggan. Dari simple box of cupcakes, cupcake tier atau cupcake bouquet, pilihlah mengikut kesesuai majlis.

Cupcake tier







Cupcake bouquet






Wedding Cake Salina & Jang











Wedding Doorgift Tema Biru Pink

Chocolate Moist Cupcakes Topping Blue Icing & Pink Sugar Sprinkle





Pistachio Bites as Doorgift Cookies


Carrot cake collection

carrot cake untuk hantaran perkahwinan


Carrot cake pink creamcheese roses order dari Kak Has


 
Order dari Cik Siti Farahani
Carrot cake memang selalu menjadi hot selling cake. Ramai yang dah makan cakap sedap, sampai tak cukup.Tak ape, tak cukup boleh order lagi. Ada yang nak order tapi Rozi tak boleh nak buat sebab order dah penuh. Inila carrot cake cake yang Rozi buat dalam 2 minggu yang sangat sibuk.Apetah lagi cuti skolah, ramai yang kahwin.Ramai jugak yang order untuk hantaran, doorgift dan kek kahwin.


Get Well Soon Aunty Mastura
Satu untuk mama, satu untuk Aunty Mastura


Finishing Product-ready to deliver

Cute cute pink roses